4 Pertanyaan Kepada Amirul Mukminin

4 Pertanyaan Kepada Amirul Mukminin

🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷🌷
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sejenak Pagi:
*EMPAT PERSOALAN PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI*

Kisah Sayidina Ali Bin Abi Thalib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin.

Lelaki itu bertanya,
Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya 4 persoalan, harap tuan dapat menjawabnya:

1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?

Amirul Mukminin Ali RA menjawab,

1. Yang wajib ialah taat kepada ALLOH dan yang lebih wajib tinggalkan dosa.

2. Yang dekat itu kiamat dan yang lebih dekat adalah mati.

3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cinta dunia.

4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar ialah pergi ke sana (kubur) tanpa bekal.

Semoga kita menjadi lebih baik dan bermanfaat.

*Robbana Taqobbal Minna*
Ya Alloh terimalah dari kami (amalan kami), aamiin

😊❤👍