Keutamaan Sholat Tahajjud

KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD

Bila kita mengetahui keutamaan Solat Tahajud, pasti kita tidak akan mahu meninggalkannya. Rasulullah saw tidak pernah meninggalkan solat tahajud semalam pun termasuk saat beliau sakit. Termasuk juga para sahabat Rasulullah SAW walaupun sudah sangat letih, tapi tetap melaksanakan Solat Tahajud.

Berikut adalah Keutamaan Sholat Tahajjud :

1.Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
2. Doa dimakbulkan ALLAH.
3. Memperolehi ketenangan jiwa.
4. Merasai diri hampir kepada ALLAH SWT.
5. Diberikan keistimewaan oleh ALLAH SWT.
6. Memperolehi pertolongan dan rahmat ALLAH.
7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
8. Mencegah dosa dan menghindari penyakit.
9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
10. ALLAH SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
11.Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
12.Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
13. ALLAH SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
14.Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan ALLAH SWT.
15.Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
16.Mendapat kemuliaan ALLAH SWT di dunia dan akhirat.
17.Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
18.Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Tidak ada satupun jamuan terindah yang diadakan kecuali di sepertiga malam terakhir.
Bila kita dijamu oleh orang-orang kenamaan sudah tentu kita suka, apalagi kita dijamu oleh Penguasa langit dan bumi. Jamuan ALLAH seperti keampunan, terkabulnya doa, pertolongan, ketenangan dan keberkahan. Oleh kerana itu, mari kita bertekad menjadi AHLI TAHAJUD, ikhtiarnya dengan

1.Tidur lebih awal

2.Jangan bercakap kecuali yang bermanfaat

3.Jangan terlalu kenyang dengan makanan

4. Setkan jam loceng, 5.sempurnakan ikhtiar.

Sahabat Fillah yang dirahmati oleh ALLAH, selamat menjalankan ibadah solat Tahajud. Semoga kusyuk dan diterima oleh ALLAH. Semoga kita menjadi ahli tahajud yang istiqomah sampir akhir hayat kita.. Keutamaan Sholat Tahajjud. Aamiin 🤲🏻.